Friday, April 10, 2009

Menceriakan Pembelajaran Di Sekolah

Menceriakan pembelajaran di sekolah




kaedah pembelajaran perlu dipelbagaikan agar murid tidak cepat jemu.

KINI kita berada dalam bulan April, bermakna sudah lebih separuh penggal pertama sesi persekolahan berlalu. Bagi sesetengah pelajar kolej atau universiti pula, mungkin ada yang sedang sibuk menghadapi peperiksaan akhir semester, atau sudah mula bercuti.

Jika pada awal tahun, para pelajar begitu bersemangat untuk melalui sesi persekolahan yang baru, bersama azam baru dan juga kelengkapan baru.

Namun, ketika ini, mungkin semangat itu tidak sekuat dahulu, malah dibebankan lagi dengan tugasan dan kerja rumah beserta tekanan terhadap peperiksaan yang bakal menjelang.

Lalu kedengaran pelbagai insiden salah laku pelajar yang berlaku, umpamanya kegagalan menyiapkan tugasan pada masa yang ditetapkan, meniru dalam peperiksaan, atau juga gejala ponteng sekolah.

Kemudiannya, apabila dikaji punca berlakunya kemerosotan disiplin pelajar, pelbagai faktor diperoleh, iaitu sikap serta kemampuan pelajar itu sendiri, kaedah pengajaran guru yang kurang berkesan, subjek terlalu sukar, dan juga faktor-faktor yang lain.

Namun, dalam pada kita berusaha menyediakan suasana terbaik dalam mendidik para pelajar kita, kita perlu menyedari bahawa faktor motivasi dalaman pelajar itu sendiri merupakan aspek kekuatan sebenar yang perlu dijana. Ini supaya pelajar dapat sentiasa menghadapi cabaran dalam pembelajarannya.

Perkara ini perlu kepada penyuburan ilmu serta kesedaran terhadap pelajar bersama bimbingan yang berketerampilan daripada ibu bapa dan guru. Hasilnya diharap pelajar bukan sahaja dapat terdorong untuk cemerlang dalam akademik malahan mempunyai daya kepimpinan mandiri untuk terus memajukan diri sendiri.

No comments:

Post a Comment